YAB Perdana
Menteri ketika membentangkan pencapaian Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan
Program Transformasi Ekonomi (ETP) berkata buat pertama
kalinya dalam sejarah Negara, pendidikan peringkat rendah dan menengah adalah
percuma di mana Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan yang besar setiap tahun
untuk bidang pendidikan. Hasilnya, 77% daripada pelajar telah mendapat peluang
mengikuti pembelajaran peringkat pra-sekolah berbanding 67%, 2 tahun yang lalu.
Selain itu, Kerajaan juga menyedari peri pentingnya
peranan guru dalam memastikan sistem pendidikan yang berkualiti. Sehubungan itu, laluan karier perguruan yang
lebih baik berasaskan sistem kenaikan pangkat “time based” telah diumumkan dalam
Bajet 2012.
Selain GTP yang telah diperkenalkan pada Tahun 2009,
kerajaan juga pada Tahun 2010 telah memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi
(ETP) bersama-sama 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) serta 131 Projek
Permulaan Ekonomi (EPP). Melengkapinya ialah Model Baru Ekonomi (NEM) serta 6
Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI).
Matlamat utama ETP dan NEM adalah untuk mengeluarkan Malaysia
dari perangkap negara berpendapatan sederhana dan meletakkan negara di landasan
yang betul, bagi mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju
berpendapatan tinggi.
Perubahan dan pembaharuan yang dilakukan melalui
inisiatif ETP dan NEM sepanjang 2 tahun yang lalu telah menunjukkan hasil yang
amat memberangsangkan. Contohnya,
laporan World Economic Forum bagi Tahun 2012 telah menyaksikan Malaysia naik 5
anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia berbanding tahun sebelumnya.
Malaysia hari ini adalah antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di
dunia. Manakala, Bank Dunia di dalam laporannya “Doing Business 2012” pula
telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang ke-18 paling mudah memulakan
atau menjalankan urus niaga dengan memintas negara-negara maju seperti Jerman,
Jepun, Taiwan dan Perancis. Syarikat perunding A.T Kearney juga telah
mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang 10 teratas dalam Indeks Keyakinan
Pelaburan Langsung Asing bagi Tahun 2012.
Menurut Perdana Menteri, segala yang dibentangkan itu adalah
bukti jelas sikap keterbukaan, ketelusan
dan akauntabiliti kerajaan yang ada.
Dalam pada itu, program Transformasi Kerajaan (GTP)
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi Mempertingkatkan Pencapaian
Pelajar yang diperkenalkan sejak awal tahun 2010 menunjukkan perkembangan yang
memberangsangkan.
Menurut Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan
(GTP) 2011, antara pencapaian terbesar tahun lalu adalah kejayaan mencatatkan
pendaftaran pra sekolah sebanyak 77.23 peratus kanak-kanak di negara ini iaitu
sebanyak 732,902 kanak-kanak berusia 4 tahun hingga enam tahun. Kejayaan
dihasilkan menerusi pembukaan sebanyak 3,089 kelas prasekolah di seluruh negara
iaitu dua kali ganda daripada kelas yang dibuka pada tahun 2010.
Di peringkat
sekolah rendah, inisiatif NKRA turut menyaksikan program Literasi dan Numerasi
(LINUS) kepada kanak-kanak darjah 2 mencapai kadar literasi 97.5 peratus dan
kadar numerasi 98.6 peratus manakala kanak-kanak darjah 1 bagi Kohort 2 mencatatkan
kadar literasi 91 peratus dan kadar numerasi 95.4 peratus.
Disamping itu,
salah satu inisiatif dalam NKRA tersebut tahun lalu adalah memperkenalkan
mekanisme untuk mengesan murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran dan
sepanjang tahun lalu, 3,916 murid lemah di kalangan Tahun 2 telah berjaya
dikenalpasti.
Inisiatif NKRA
turut menganugerahkan status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kepada 32 sekolah
rendah dan menengah pada tahun lalu berbanding 20 sekolah pada tahun 2010.
Menerusi program
Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP), peratusan sekolah-sekolah yang berada dalam
Band (pencapaian) rendah iaitu Band 6 dan Band 7 berjaya diturunkan sebanyak
40.25 peratus iaitu sebanyak 380 sekolah daripada 636 sekolah pada 2010.
Program SIP yang
juga merupakan sistem pengumpulan data berpusat turut membolehkan peningkatan
sebanyak 2.86 peratus jumlah sekolah ke dalam Band 1 dan Band 2 iaitu 2,157
sekolah berbanding 1,770 sekolah dua tahun lalu.
Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.
ReplyDeleteNama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.
Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.
Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.
Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut