Pakatan Rakyat (PR) akan
batalkan PTPTN jika berjaya perintah Malaysia dan anak-anak miskin akan dapat
pendidikan percuma dari sekolah rendah hingga ke universiti.
Boleh janji kosong sajalah.
Jika PTPTN dibatalkan bermakna kerajaan terpaksa menanggung beban hutang dan belanja hangus RM6.2
bilion! Sehingga September 2011,
PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74
bilion berbanding RM6.2 bilion
jumlah sepatutnya dikutip. Selebihnya terdapat beban hutang RM3.46 bilion yang belum dilangsaikan. PTPTN sendiri
terpaksa meminjam RM3 bilion setahun
dari Kumpulan Simpanan Wang Pekerja
(KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah
Pencen (KWAP) untuk membiayai PTPTN!
Sanggupkah PR membayar kembali hutang-hutang PTPTN
yang berjaya dilangsaikan oleh para
peminjam terdahulu dan sehingga kini
jika mereka memerintah Malaysia nanti? Macamana ekonomi negara nak berkembang,
jika semua nak diberi free…tol nak free, minyak nak free, makan nak free,
tambang free, rawatan kesihatan free, eletrik free, bekalan air free, talian
telefon free… free. Habis londeh
wang negara dibaham oleh free thinkers PR. Kalau cam tu kita
kahwin free jer, kerajaan kena tanggung segala belanja. Jika tidak, pakat
ramai-ramai buat pesta seks free, dapat anak haram nanti kerajaan
kenalah tanggung kebajikan anak-anak
dan keluarga tersebut!
Semasa Anwar jadi TPM,
keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa. Sekarang
Petronas untung RM90 bilion, pelajar terpaksa berhutang.
Masa Anwar jadi TPM 1991-1998, Penduduk Malaysia hanya 20 - 23 juta dan IPTA hanya ada kurang 10 buah. Tetapi sekarang penduduk
Malaysia 29 juta orang dan IPTA ada lebih 20 buah termasuk berpuluh-puluh IPTS. Maknanya ramai yang hendak belajar di IPT. Kalau
semua nak free, macamana nak roling duit keuntungan Petronas
tersebut, asyik belanja je.Sumber
minyak negara semakin berkurangan
dan Petronas terpaksa bersaing untuk
dapatkan minyak dari luar. Minyak Malaysia pulak tak sesuai dijadikan petrol. Sebaliknya hanya minyak dari Timur Tengah
yang sesuai jadi petrol. Kerajaan terpaksa guna banyak duit Petronas untuk subsidi
barang lain!
Kerajaan banyak komitmen untuk belanjakan wang
negara bagi lain-lain pembangunan
bukan setakat bagi biasiswa dan dermasiswa sahaja. Duit PTPTN yang dikutip
setiap bulan digunakan sepenuhnya untuk kitar balik membayar gaji-gaji
pekerja di universiti, bagi pinjaman membiayai mahasiswa-mahasiswa seterusnya
dan maintenance cost IPT-IPT seluruh negara. Mana kerajaan nak cekau duit kalau tak dapat balik bayaran
PTPTN? Macam bank-bank juga kalau mereka gagal
mendapat kembali bayaran dari siberhutang macamana nak teruskan operasi, silap-silap ramai staf yang kena buang kerja sebab bank-bank bankrap.
Faedah, dividen dan bonus bank bagi pendeposit mesti juga dimansuhkan!
Anak muda terpaksa melangsai
beban hutang belajar kepada kerajaan dan pihak penaja setelah tamat dari
universiti dan kolej.
Memang ler adat berhutang, kenalah bayar. Bagi orang Islam, kalau mati syahid sekalipun roh
akan bergentayangan tak diterima Allah
kerana berhutang apatah lagi jika pemberi hutang tak halalkan hutang kita. Kalau nak free PTPTN belajar rajin-rajin…dapat
CGPA cemerlang. Insya Allah PTPTN
jadi biasiswa, sesen pun tak payah bayar bahkan dapat pujian masyarakat lagi!.
Sebagai ibu bapa kenalah
belajar menabung sikit-sikit sejak
anak-anak masih kecil. Dah banyak skim
tabungan pendidikan yang diwujudkan oleh kerajaan dan swasta. Bila mereka
dah besar 20 tahun akan datang, dah ada duit belanja. Mahasiswa yang dapat
PTPTN pula kenalah berjimat-cermat
bila berbelanja, bila cuti semester belajarlah berdikari dengan bekerja
sementara untuk cari pendapatan dan
pengalaman. Sambil tu lengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan misalnya menguasai
bahasa-bahasa asing, mahir dalam teknologi siber, membina ketrampilan diri, mahir
bergaul selain berpengetahuan luas - baru senang
dapat kerja.
Kerajaan tak patut
menyenarai hitamkan dan menghalang 132,801 mahasiswa ke luar negara akibat
gagal bayar hutang PTPTN.
Memang patut pun kena
sekatan macam ni, ada hati nak lari dari hutang. Hutang dengan along pun dicarinya sampai ke lubang
cacing. Hutang dibayar akan digunakan untuk orang lain pula. Buku Jingga
sendiri cakap 1 orang dari setiap 4 orang rakyat Malaysia tercicir dari
pendidikan menengah dan tidak dapat menamatkan pendidikan menengah antara tahun
2001-2009. Golongan inilah yang sentiasa
dibantu kerajaan melalui duit-duit
PTPTN yang dibayar kembali oleh para
siberhutang.
Beginilah kitaran ekonomi sesebuah negara. Kalau
semuanya harap disubsidi dan diberi free, bagi pula kepada pelajar malas yang harapkan kuota,
markah kesian dan gemar mengacau, maka lahirlah graduan yang
keputusannya tercorot dan cukup makan. Nanti bila mereka bekerja
suruh jer kerja free, majikan tak payah bayar gaji. Amerika Syarikat
pun hampir-hampir bankrap bila ramai
graduannya mengelat tak mau bayar
hutang belajar yang mencecah US$1
trillion!
Malaysia akan bankrap tahun 2019, hutang
negara tahun 2007 berjumlah 266 bilion meningkat RM456 bilion pada akhir 2011. Hutang
rakyat pula mencecah RM700 bilion. Dijangka hutang negara meningkat 100 peratus
menjelang 2019. PR menjangkakan mungkin tahun 2017, 2018 dan 2019 gaji
kakitangan awam tidak boleh dibayar seperti mana berlaku di Ireland - gaji
pensyarah 3 bulan tidak dibayar dan di Portugal pencen di bayar 1/3 sahaja.
Inilah akibat amalan berkebajikan yang keterlaluan
di negara-negara kapitalis Eropah konon
nak jaga kebajikan rakyatnya, sampai penganggur
dan pelacur pun diberi makan dan rumah free. PR cakap setiap rakyat
Malaysia terpaksa guna 60% gajinya berhutang membeli rumah, kenderaan (30%) dan
hutang peribadi (10%). Tetapi golongan kapitalis tamak yang galak membina
rumah-rumah mahal, mereka kawal harga bahan binaan dan harga tanah serta
mengenakan caj dan riba tinggi pada peminjam. Kalau negara banyak berhutang,
kenalah ikhtiar jana ekonomi dan tambah rezab negara, bukannya perabis
semua simpanan negara konon nak bagi semuanya free!
0 comments:
Post a Comment