Thursday 15 November 2012

AES BUKTI KEPRIHATINAN PR




Gelihati bila melihat ragam PR yang x senang duduk berkempen sana-sini memboikot AES (Automated Enforcement System). Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang dilancarkan, membuktikan betapa jahilnya pemikiran mereka dalam memahami falsafah di sebalik pengenalan AES di negara ini. Sedangkan mereka sepatutnya lebih arif dan melihat rasional pendekatan yang digunakan kerajaan dalam menangani masalah kemalangan yang sering berlaku akhir2 ini. Apakah alasan sebenar PR menolak AES ni? Adakah kos pelaksanaannya mahal? atau adakah projek2 ini kononnya diberikan kepada golongan tertentu? atau PR ni cuba mendapatkan sokongan rakyat dengan cara mudah? 
Bukankah lebih baik andai kata PR membawa usul di parlimen supaya mansuhkan semua undang-undang sedia ada di negara ini dan seterusnya menggunakan pendekatan undang-undang rimba. Sudah pastinya ia merupakan satu gimik politik yang boleh membantu mereka untuk menakluk tasik putrajaya. Jika kos yang menjadi pertimbangan utama, bukankah lebih berbaloi kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang berpatutan bagi melaksanakan AES ini berbanding menambah bilangan pegawai-pegawai polis untuk melakukan kerja ini? Sekiranya  fitnah berkaitan pengagihan kontrak yang menjadi isu, mengapa sistem ini yang menjadi mangsanya? Jika benar tuduhan pembangkang, buat laporan pada SPRM, kita bongkarkan siapa yang mendapat kontrak ini. Buktikan! 

Adakah tindakan PR menolak AES ini disebabkan mereka selalu melanggar undang-undang lalu lintas.  bawak laju sangat kot sebab kereta mahal-mahal belaka.

0 comments:

Post a Comment