Sunday 8 April 2012

HUTANG PTPTN WAJIB DIBAYAR SEBELUM MAUT MENJEMPUT!!!


Malaysia bakal bankrap pada tahun 2019 jika hutang negara semakin menimbun. Pemborosan akan menyebabkan sumber-sumber ekonomi seperti hasil petroleum, pertanian, perladangan dan maritim akan diperah secara maksima bagi menjana pendapatan. Cukai rakyat, perniagaan dan korporat akan dinaikkan. Sedangkan perniagaan-perniagaan berunsur hiburan, judi dan maksiat akan bercambah bagi menampung perbelanjaan kerajaan. Hutan dan bukit diterokai, pasir, tanah dan air diperdagangkan demi menambah kewangan negara. Barang menjadi mahal dan orang miskin tertindas. Inilah senario yang akan berlaku jika kepimpinan negara diberikan kepada golongan-golongan yang rakus berbelanja tanpa memikirkan musibah pada ekonomi rakyat dan negara!
Namun kenapa rezab negara yang dikumpul selama 55 tahun mahu dilahap dalam masa 100 hari? Mengapa Petronas, Khazanah Nasional, Felda, KWSP dan semua syarikat-syarikat yang dikuasai oleh umat Islam mahu diperabiskan. Kenapa syarikat-syarikat konsesi tol yang dikuasai umat Islam, pembiayaan PTPTN yang majoritinya dinikmati mahasiswa Islam dan majoriti perjawatan di sektor awam di pegang anak Melayu mahu dimansuhkan? Semuanya kerana kedengkian si kafir harbi DAP yang mahu memusnahkan asas penguasaan ekonomi umat Islam di negara ini. Memang UMNO banyak melakukan kesilapan lampau, namun adakah PKR yang dipimpin puak-puak liberal yang telah hilang roh Islam dan Melayunya itu hendak dijadikan pemimpin ummah? PAS yang semakin tersasar dari perjuangan Islam sejak bersekutu dengan kafir harbi DAP dan puak munafik PKR langsung tidak boleh diharapkan! Boleh bankrap negara sekiranya segala kekayaan dihabiskan demi memenuhi nafsu serakah DAP laknatullah dan individu songsang yang ingin menjadi Perdana Menteri!
HUKUM BERHUTANG
Sememangnya Islam prihatin apabila umatnya terbelenggu dengan hutang dan sentiasa menggalakkan umatnya supaya sentiasa berdoa dijauhkan daripada permasalahan hutang. Walau bagaimanapun, Islam masih memberikan kelonggaran untuk berhutang khususnya dalam keadaan darurat dan sangat-sangat memerlukannya asalkan ia mampu melunasinya. Contohnya, berhutang membeli rumah, kenderaan dan mencari ilmu pengetahuan.
Walaupun Islam memberi kelonggaran berhutang namun wajib si berhutang menyegerakan pembayaran hutangnya. Kewajipan melunas hutang itu tidak akan terlepas walaupun seseorang itu melaksanakan ibadat-ibadat yang besar pahalanya. Islam menggariskan syarat-syarat tertentu terhadap hutang sehingga orang yang berhutang tidak boleh lari daripada membayarnya.

Hutang PTPTN perlu dijelaskan segera! Janganlah lalai membayar sehingga tertangguh begitu lama dan menyusahkan orang lain. Si berhutang dianggap zalim dan khianat jika sengaja mengelat membayar hutang apatah lagi menghasut orang lain mengelak dari membayar hutang. Sabda Rasulullah s.a.w:“Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya dijelaskan”. Begitu juga hadis diriwayatkan al-Nasa’ie r.a; “Demi Tuhan yang diriku di tangan-Nya, jika seseorang lelaki itu terbunuh di jalan Allah, kemudian dia dihidupkan semula, kemudian dia terbunuh lagi, kemudian dia dihidupkan lagi, kemudian dia terbunuh lagi dalam keadaan dia menanggung hutang, ia tetap tidak akan dapat masuk syurga, selagi hutangnya belum dibayar.” Dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari; “Sesiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambil dengan niat membinasakan dengan tidak membayarnya maka Allah akan membinasakan dia”.




Islam sering menasihatkan setiap umatnya agar berazam membayar hutang agar tidak dimurkai Allah. Jangan sesekali kita terpengaruh dengan hasutan kafir harbi chauvinist dan rasis DAP yang yang sentiasa menghasut umat Islam terutamanya para mahasiswa muslim melalak dan memberontak untuk mengelak dari bayar hutang.
KAFIR KIAN BERKUASA SELEPAS REVOLUSI ARAB !
Wahai kaum muslimin, jadilah hamba Allah yang berjuang sehingga tertegaknya syariat dan daulah khilafah Islamiyah. Jangan sesekali membiarkan diri kita diperkudakan oleh si kapir harbi DAP laknatullah yang kerjanya sentiasa menghasut umat Islam supaya sering bermusuhan. Dasar memecah belahkan ummah yang dibawa parti kafir tersebut bertujuan melemahkan kekuatan Islam di Malaysia. Mereka akan ketawa kepuasan apabila Islam dan Melayu lemah dan rebah!
Ramai pejuang Islam kini tersasar dari matlamat memperjuangkan syariat, sebaliknya mementingkan kedudukan dan pangkat politik. Perjuangan yang hilang keikhlasan akan menjadi sesat kerana mengikut pemimpin yang songsang. Kekaguman kita dengan semangat kebangkitan masyarakat Arab menjatuhkan regim zalim pro-kuffar berakhir dengan dukacita kerana ternyata umat Arab kini leka bersorak sorai di jalanan sedangkan amanah untuk menegakkan kembali syariat dan daulah khilafah dihalang oleh rakan-rakan kafir yang sama-sama berjuang!
Rakyat dan negara semakin menderita, pluralisme dan kristianisasi bermaharajalela. Ini gara-gara mabuk dengan kebebasan dan mahu bebas segala-galanya. Puak kuffar yang selama ini merupakan golongan minoriti, kini semakin bebas menentukan hala tuju negara-negara Arab dan mendakwa tanpa bantuan mereka tidak mungkin regim Arab (Islam) akan tumbang!
KHATIMAH
Wahai ikhwanul muslimun, keredhaan Allah kepada sesebuah negara bergantung kepada kesatuan umatnya. Janganlah kita alpa dengan idealisme perjuangan yang memperalatkan kebebasan tanpa kita sedari dalangnya adalah kaum kapir Yahudi dan Nasrani serta sekutu-sekutu kapir harbi mereka seperti DAP laknatullah yang tidak pernah redha kepada Islam selagi kita tidak menuruti segala kemahuan mereka.
Jangan kita terpengaruh dengan tindakan segelintir bekas pelajar tercicir universiti yang pencapaian akademiknya tercorot, rendah displin dan tidak berminat belajar untuk melalak di jalanan. Mereka adalah bekas mahasiswa yang digantung atau dibuang dari pengajian. Mereka ini terpaksa menanggung hutang PTPTN. Kerana tidak mampu membayar, mereka menghasut rakyat turun ke jalanan memperjuangkan penghapusan PTPTN supaya mereka tidak perlu membayar hutang-hutang mereka. Sungguh keji!
Apa akan jadi pada ekonomi negara jika semuanya percuma, redhakah pembayar cukai membiarkan wang mereka disia-siakan oleh mahasiswa-mahasiswa pemalas ini? Ibu bapa mereka berdoa siang malam agar anak-anak mereka berjaya, namun harapan mereka disia-siakan oleh anak-anak derhaka ini. Bagaimanakah negara mahu melahirkan barisan mujahid berilmu jika ramai mahasiswa gagal akademik lantaran sibuk berdemonstrasi sedangkan mahasiswa kafir sibuk mentelaah ilmu hingga cemerlang dan berjaya mendapat kerja, PTPTN mereka pun menjadi biasiswa!

0 comments:

Post a Comment