Sunday 8 April 2012

Mansuh PTPTN: Antara Retorik dan Realiti




Tanggal 14 April 2012 ini akan dianjurkan satu perhimpunan yang dinamakan Himpunan Mansuh PTPTN, dipayungi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) serta dinaungi 'tangan-tangan ghaib' yang berkepentingan.

Niat yang amat murni dan bertepatan dengan aspirasi dan kehendak mahasiswa. Ironinya niat tersebut hanya sekadar omongan kosong dan hanya sekadar retorik memandangkan cadangan ini tidak disertakan dengan kaedah untuk mendapatkan sumber dan dana kewangan yang mencukupi bagi membiayai proses pemansuhan tersebut. Seharusnya, sebagai insan yang cerdik akalnya, terdidik emosinya, dan matang fikirannya, golongan mahasiswa ini perlu memikirkan pendekatan terbaik dan membantu kerajaan dengan memberi cadangan bagaimana proses pemansuhan ini dapat direalisasikan dan bagaimana untuk mendapatkan sumber kewangan bagi menyokong proses tersebut. Bukan sekadar berhimpun menuntut kerajaan memenuhi tuntutan-tuntutan tersebut. Ketidakmatangan segelintir golongan mahasiswa di Malaysia ini menggambarkan bahawa 'kita' masih lagi terkongkong dalam belenggu pemikiran negara membangun, dan masih jauh lagi perjalanan kita untuk menjadi sebuah negara maju.

Lebih malang lagi apabila terdapat 'tangan-tangan ghaib' yang mengambil kesempatan di atas ketidakmatangan segelintir mahasiswa ini dengan menjanjikan pemansuhan ini akan dilaksanakan sepenuhnya sekiranya mereka diberikan mandat untuk memerintah. Sekali lagi 'kita' terperangkap dan dijerat dengan mentaliti negara membangun kerana pemikiran 'kita' tidak dapat mentakrif, dan mena'akul pendekatan halus yang digunakan tangan-tangan ghaib ini. 

Di sini terdapat beberapa fakta perlu dikemukakan berkaitan kewajaran SMM mencadangkan pemansuhan PTPTN. Pertamanya, cadangan ini baik dan sebahagian agendanya selari dengan Perkara  153 (3) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan pemberian biasiswa. Akan tetapi perlu diingat bahawa peruntukan dalam perlembagaan tersebut mengkhususkan pemberian biasiswa kepada golongan bumiputera. Pemansuhan ini dari sudut erti kata yang lain bermaksud kerajaan secara automatik akan mengubah pinjaman tersebut kepada biasiswa, khusus untuk peminjam PTPTN yang terdiri dari pelbagi etnik. Akan tetapi cadangan ini tidak baik dari aspek liabiliti yang ditanggung kerajaan bagi melupuskan RM 43 bilion (Mingguan Malaysia : 2012) pinjaman pemiutangsiswa ini. Dana yang terpaksa digunakan sudah pastinya wang rakyat yang diperolehi hasil dari cukai. Sedangkan dana ini boleh digunakan untuk tujuan pembangunan yang lain bahkan ia mungkin boleh digunakan untuk membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah untuk memulakan perniagaan bagi melonjakkan taraf hidup mereka. - Golongan Mahasiswa sila renungkan. Pemiutangsiswa VS Golongan miskin?

Keduanya,  seperti yang dimaklumkan Najib, ada tiga negara sahaja yang melaksanakan dasar seperti yang digagaskan SMM, antaranya Norway. Akan tetapi cukai yang dikenakan adalah tinggi. Cukai pendapatan individu di Norway adalah pada kadar 40% (http://www.taxrates.cc/html/norway-tax-rates.html)  sementara secara perbandingannya Malaysia menetapkan cukai pendapatan sekitar 26% (http://www.taxrates.cc/html/malaysia-tax-rates.html). Adakah segelintir golongan mahasiswa ini bersedia untuk dikenakan kadar cukai seperti yang dikenakan di Norway apabila mereka memasuki alam pekerjaan kelak? Ataupun di kemudian hari mereka akan menganjurkan perarakan jalanan supaya dimansuhkan cukai pendapatan? Golongan Mahasiswa sila renungkan. SMM VS Kebajikan rakyat keseluruhan.

Ketiganya, janji 'tangan-tangan ghaib' untuk memansuhkan PTPTN sekiranya mereka diberi mandat dalam pilihanraya akan datang boleh direalisasikan atau sekadar janji manis bagi memancing undi? Seperti yang semua maklum, golongan berkepentingan ini seringkali menabur janji bagi membolehkan mereka berada di tampuk pemerintahan kuasa negara. Menghapuskan tol, menurunkan harga minyak merupakan sebahagian bulan dan bintang yang dijanjikan kepada rakyat bagi mendapatkan sokongan masyarakat. Akan tetapi dari manakah sumber kewangan yang akan digunakan bagi menampung keperluan tersebut? Adakah dengan meminjam Bank Dunia ataupun IMF merupakan kaedah terbaik yang dapat difikirkan bagi menterjemahkan hasrat mereka untuk menawan Putrajaya? Ataupun menggunakan khazanah warisan negara iaitu Petronas untuk memastikan survival politik mereka? Semua bulan dan bintang yang dijanjikan ini memang  menarik bunyinya. Akan tetapi sumbernya masih lagi kabur. 



Justeru, kita sebagai insan yang terpelajar, matang pemikiran, dan terdidik akal, perlu mena'akul dan memahami isi tersirat dalam setiap perkara yang dibangkitkan dan diperjuangkan oleh golongan berkepentingan ini.



Anak Melayu Alaf Baru.

1 comments:

  1. Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

    Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

    Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

    Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

    Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut

    ReplyDelete