Monday 2 April 2012

Edisi gempar! – FELDA rugi dan berdagang dengan ISRAEL?






 




Edisi gempar! – FELDA rugi dan berdagang dengan ISRAEL?
Rezab tunai Felda merudum! Tahun 2001, rezab Felda berjumlah RM4.5 bilion dan tiada hutang, tetapi tahun 2012 rezab Felda hanya RM1.35 bilion dan berhutang RM6.5 bilion dari Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP)!
Lebih baik pakai duit KWSP dari berhutang luar negeri. Bab Felda pinjam duit KWSP fuckatan bising, tapi bab KWSP meminjamkan RM3 bilion setahun pada PTPTN fuckatan hasut pelajar jangan bayar. Felda membelanjakan banyak wang untuk proses tanam semula kelapa sawit seluruh negara bagi menggantikan sawit-sawit yang tidak produktif berumur lebih 30 tahun. Dalam masa 3 tahun penanaman semula, setiap peneroka mendapat saguhati RM500.00 sebulan atau RM18,000.00 subsidi duit Felda.
Sama juga dengan program pembinaan semula rumah warga Felda, duit rezab Felda digunakan sebagai pinjaman. Rezab akan bertambah semula jika para peneroka bayar setiap bulan dan ia pasti mengambil masa! Selama ini peneroka tak pernah pun miss dapat duit hari raya, duit sekolah dan lain-lain bantuan setiap tahun semuanya pakai duit rezab simpanan dan keuntungannya. Bab bayar zakat, cukai dan tanggungjawab sosial korporat (CSR), Felda tak pernah mengelat!
Pelaburan FGVH telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM203 juta pada tahun 2009 dan meningkat RM366 juta tahun 2010. Peningkatan harga sawit tahun 2011 dan 2012 akan melonjakkan keuntungan FGVH. Fuckatan saja-saja buat lupa hal ini!
Sebuah suruhanjaya akan ditubuh bagi menyiasat kerugian Felda jika Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah selepas PRU 13.
Sikit-sikit tubuh Suruhanjaya, tapi bila kena pada batang hidung sendiri mengelat sana sini dan menuduh konspirasi kerajaan. Kalau macam tu, siasat sekali kerugian Koperasi Kohilal dan Tabung Memali yang menipu ramai orang Melayu. Siasat sekali pengadaian tapak masjid Bayan Mutiara oleh regim cauvinist DAP. Tak pun tubuh suruhanjaya menyiasat ketulenan video aksi seks rakus Anwar mengerudi China doll! Dah menjadi adat berniaga mesti ada untung rugi, bila untung tak pun nak puji kerajaan sebaliknya sibuk nak kedarah hasil. Tapi tetap mencaci tangan yang memberinya makan. Inilah jenis manusia kufur nikmat,. Macamana rezeki nak berkat, anak bini atau laki sendiri pun kalau asyik kedarah rezeki tu pasti otak semakin karat, iman pun tak lekat!
Kerja fuckatan 4 tahun sejak mengambil alih Pulau Pinang, Kedah dan Selangor hanya mencari kesalahan kerajaan BN sebelumnya, setakat bagi bantuan RM100.00 hasil duit judi kuda dah melalak satu dunia. Pasir dan balak habis kena sapu dek kroni fuckatan, bekalan air berkarat buat tak tau, al-maklumlah aktiviti pelacuran dan maksiat masyuknya sehari berbelas ribu!
Penyenaraian FGVH melibatkan pemindahan anak-anak syarikat tertentu di Felda Holding Berhad (FHB) yang dimiliki bersama FGVH (49%) dan Koperasi Peneroka Felda - KPF (51%). Penyenaraian perlu mendapat persetujuan KPF.
Apa masalahnya kalau KPF setuju melakukan pemindahan anak-anak syarikat tertentunya ke dalam FGVH? Majoriti peneroka dan NGO setuju, tapi hanya 8 ekor malaun yang diracuni Mazlan Aliman tak sokong, adakah ia menggambarkan suara majoriti peneroka Felda? Puak chauvinist DAP memang dengki jika peneroka Felda maju. Tapi sedar atau tidak kekayaan peneroka Felda akan memakmurkan ekonomi negara. Bayangkan kalau ada kaum Melayu hidup miskin lalu mereka menjadi ekstrem dan radikal…apa akan jadi pada kaum lain!
Felda Global Ventures North America Sdn Bhd rugi RM28 juta kerana membina kilang oleo-chemical di Kanada dan membeli kondominium berperabut RM8.8juta di Amerika Syarikat
Nak setting bina kilang oleo-kimia memang kena keluar belanja besar bukan boleh buat untung berbilion dolar dalam tempoh semalaman, kena bangunkan pelbagai kemudahan logistik.Lainlah kalau perniagaan Felda melibatkan unsur spekulasi dan riba. Ataupun Felda buat bisnes mega menternak babi bukannya tanam pokok sawit. Sebabnya sekor ibu babi boleh lahir sampai 11 ekor anak setahun.Harga anak babi umur 3 bulan pun boleh mencecah RM500.00 sekor, bela setahun dah untung bagi makan sampah dan minum air najis, babi tetap boleh hidup. Semua daging babi dari telinga, hidung sampai bulu ekor semuanya ada harga! Berniaga sawit tak sama dengan berniaga babi. Lainlah kalau dalam ladang sawit boleh bela babi, untung tentu berlipat kali ganda!.
Kalau Felda beli kondominium di Braintree, Massachussetts U.S sekalipun, ia sebagai aset kekal yang boleh dijual mahal bila diperlukan.Tak timbul soal Felda berniaga sawit atau hartanah. Di Mekah pun Felda beli hotel untuk sewaan para jemaah haji dan umrah, bahkan Felda giat mempelbagaikan aktiviti ekonominya dengan membeli banyak hartanah berbentuk bangunan, kediaman selain menceburi bidang katering, logistik, pembinaan dan industri hiliran bukan tertumpu pada ladang sahaja. Kita pun kalau berduit, lebih baik beli tanah atau rumah untuk kesenangan anak cucu di kemudian hari jangan dok simpan bertapuk dalam bank semata-mata!
Felda mempunyai hubungan dagang dengan Israel?
Spin lagi!. Malaysia tidak mempunyai hubungan dagang dengan Israel, sebaliknya Malaysia menjual minyak sawit kepada rakan-rakan dagang utamanya seperti India, China, Timur Tengah, Eropah dan sebagainya. Kalau negara-negara ini menjual semula produk sawit tersebut kepada Israel, adakah itu dikira Malaysia telah menjual produk sawit pada Israel? Malaysia tidak mempunyai hak menghalang perdagangan antarabangsa negara-negara tersebut dengan Israel. Di Malaysia dan pasaran dunia ni berlambak produk Israel dan kita tak terdaya nak boikot pun malah terpaksa guna demi keperluan hidup. Malah makhluk puaka produk Israel pun ada dibiarkan bebas bergentayangan di Malaysia!
Malaysia pernah menghantar bekalan ihsan minyak sawit bernilai RM30 juta bagi membantu pihak Palestin yang ditindas Zionis Israel melalui pelabuhan Ashdod, Israel pada Mac 2010 dan Disember 2011 kerana itu sahaja laluan masuk ke Palestin kerana semua pelabuhan Palestin disekat Zionis, nak hantar bantuan melalui Laut Gaza pun dihalang, apatah lagi melalui jalan darat atau udara! Hakikatnya pihak yang sokong keselamatan Israel jer yang tak suka rakyat Palestin dibantu!

0 comments:

Post a Comment