Rakyat Malaysia semua, Pakatan
Rakyat (PR) berjanji akan menghapuskan bayaran tol lebuhraya seperti mana janji
100 hari Buku Jingga dan jika menawan Putrajaya.
Janji tinggal janji. Janji 100
hari PR dan kerajaan DAP di Pulau Pinang untuk hapuskan Tol Sg Nyiur dan Tol Jambatan Pulau Pinang sejak Mac 2008 sampai sekarang gagal ditunaikan. Sedangkan kerajaan
Barisan Nasional (BN) yang banyak berjasa
membina lebuhraya bertol pun sanggup
menghapuskan Tol Sg Besi dan Tol Batu 9 Cheras-Kajang kerana
prihatinkan rakyat. PAS pulak tak kisah jilat kahak sendiri bila bercadang bina
lebuhraya bertol 4 lorong bernilai RM1.9
bilion dari Kota Bharu ke Kuala
Kerai! Mana PAS sanggup nak bagi free!
Kerajaan BN berjaya
menasihatkan pengendali-pengendali lebuhraya antaranya PLUS Expressway,
Pro-Lintas, Kesas, Sprint dan Litrak untuk memberikan diskaun-diskaun kepada pengguna lebuhraya setiap kali musim perayaan sebagai bukti tanggungjawab sosial
korporat (CSR) mereka kepada rakyat!
Malah banyak kemudahan disediakan pihak lebuhraya yang tidak terdapat pada
jalan biasa
Penghapusan tol-tol di 29 buah lebuhraya akan mengakibatkan
kerajaan terpaksa menanggung kos yang
tinggi untuk penyelenggaraan kebersihan dan keselamatan di lebuhraya termasuk
jalan bertar, lampu-lampu dan kawasan R n
R. Jadi mana kerajaan nak korek duit? Nak pakai semua duit pembayar cukai baiki
jalan-jalan berlubang dan lampu rosak? Itu kerja bodoh, tak ekonomik memang
bengap PR ni!
Selama ini duit-duit kutipan
tol itulah yang digunakan untuk menanggung
kos penyelenggaraan termasuk membayar gaji pekerja-pekerja lebuhraya,
kontraktor-kontraktor penyelenggara serta membayar dividen tahunan kepada para pemegang
saham konsesi. Siapa nak tanggung sara
hidup dan bayar pampasan jika mereka ini semua hilang pendapatan akibat
penutupan tol ? Adakah PR boleh menjamin
kerja alternatif kepada mereka semua?
Berapa bilion ringgit pulak
duit rakyat yang PR nak perabiskan untuk
bayar pampasan pengambilan tol?
Kerajaan Malaysia setiap
tahun pasti mengutip cukai dari pengendali-pengendali
lebuhraya bertol. Hasil kutipan cukai
ini digunakan membangunkan pelbagai kemudahan
seperti jalanraya, sekolah, rumah ibadat, subsidi petrol, bahan makanan dan
biasiswa. PR hanya janji kosong, hasilnya tak pernah ada langsung, tapi bab mentekedarah hasil orang lain merekalah paling gelojoh!
PR akan menggunakan dana-dana
kerajaan dalam Khazanah Nasional, KWSP, Petronas atau rezab Bank Negara untuk
membayar pampasan kepada pemegang konsesi, penyelenggara dan pekerja-pekerja
lebuhraya bertol.
Memang idea bengap lagi bangang! Bab nak pelahap duit negara memang PR pakar
konon nak jaga kebajikan rakyat, tapi bab nak jana duit PR memang hampeh. Bayangkan kalau rezab dana-dana kerajaan ini habis atau semakin susut, datang pulak masalah kemelesetan ekonomi habis semuanya akan
lingkup. Terpaksalah kerajaan pinjam duit dari luar negeri macam dari
Bank Dunia dan IMF. Nak pinjam mesti
cagar dan gadai janji itu dan ini
pada peminjam asing. Ekonomi negara akan terikat, tidak bebas sebaliknya dikawal asing. Kerajaan serata dunia
berlumba nak tingkatkan rezab negara, puak fuckatan pulak pelahap nak perabis duit negara!
Tak heran bila fuckatan marah sangat jika BN menggunakan dana KWSP
dan Khazanah Nasional memberi pinjaman kepada FELDA atau mana-mana GLC untuk
tujuan pembangunan. GLC’s menolak
berhutang dana asing kerana mereka tidak mahu dikawal oleh mereka kerana mengenakan
faedah yang tinggi. Memang patut pun Fuckatan takut bila dana KWSP dan Khazanah
habis, susahlah mereka nak balun
duit negara jika berjaya perintah Malaysia nanti. Diorang ingat duit negara ni
duit mak bapak mereka! Baru bayar cukai sikit dah nak berlagak macam puak
mereka saja yang bayar cukai!
Kerajaan BN sungguh zalim,
tetap mengutip tol sepatutnya semuanya free!
Kepala
hotak punya PR, zalim apa kejadahnya? Mana ada benda free kat
dunia ni. Nak masuk syurga pun kena belanjakan duit! Tu yang kita bayar zakat,
pergi haji, sedekah sana sini tu semuanya
pakai duit bukan air liur je. Jangan ingat bagi tol free dah jamin masuk syurga. Bayangkan beribu-ribu
rakyat Malaysia terpaksa dibuang kerja gara-gara penutupan tol! Mereka yang
tertindas ini akan berdemonstrasi ganas
menentang PR pula!.
Kalau macam tu, pemimpin PR
janji kosong dan kuat menipu lah?
Memang pun, dasar Penipu
Rakyat. Janji kosong yang mereka
sendiri mustahil melaksanakannya tapi
kerana geletik nak undi dan kemaruk kuasa, sanggup menipu!!!
agak2 la nak menipu pr oii..kerajaan BN buat semua diorg dah rancang ..plan lama dah..mesyuarat..pikir masak2 sbelum buat sesuatu ...demi masa depan rakyat..yang korang tu..aku memang sokong dasar kerajaan ..dah nama pun parti kencing.kelentong..cakap je dasyt..heboh la anak PM..ade berjuta berbilion..abih ko tu rm 1 je ke?
ReplyDelete