Monday, 2 April 2012

BN-UMNO eksploitasi duit tol lebuhraya untuk rakyat !!!





Rakyat Malaysia semua, Pakatan Rakyat (PR) berjanji akan menghapuskan bayaran tol lebuhraya seperti mana janji 100 hari Buku Jingga dan jika menawan Putrajaya.
Janji tinggal janji. Janji 100 hari PR dan kerajaan DAP di Pulau Pinang untuk hapuskan Tol Sg Nyiur dan Tol Jambatan Pulau Pinang sejak Mac 2008 sampai sekarang gagal ditunaikan. Sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang banyak berjasa membina lebuhraya bertol pun sanggup menghapuskan Tol Sg Besi dan Tol Batu 9 Cheras-Kajang kerana prihatinkan rakyat. PAS pulak tak kisah jilat kahak sendiri bila bercadang bina lebuhraya bertol 4 lorong bernilai RM1.9 bilion dari Kota Bharu ke Kuala Kerai! Mana PAS sanggup nak bagi free!
Kerajaan BN berjaya menasihatkan pengendali-pengendali lebuhraya antaranya PLUS Expressway, Pro-Lintas, Kesas, Sprint dan Litrak untuk memberikan diskaun-diskaun kepada pengguna lebuhraya setiap kali musim perayaan sebagai bukti tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka kepada rakyat! Malah banyak kemudahan disediakan pihak lebuhraya yang tidak terdapat pada jalan biasa
Penghapusan tol-tol di 29 buah lebuhraya akan mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk penyelenggaraan kebersihan dan keselamatan di lebuhraya termasuk jalan bertar, lampu-lampu dan kawasan R n R. Jadi mana kerajaan nak korek duit? Nak pakai semua duit pembayar cukai baiki jalan-jalan berlubang dan lampu rosak? Itu kerja bodoh, tak ekonomik memang bengap PR ni!
Selama ini duit-duit kutipan tol itulah yang digunakan untuk menanggung kos penyelenggaraan termasuk membayar gaji pekerja-pekerja lebuhraya, kontraktor-kontraktor penyelenggara serta membayar dividen tahunan kepada para pemegang saham konsesi. Siapa nak tanggung sara hidup dan bayar pampasan jika mereka ini semua hilang pendapatan akibat penutupan tol ? Adakah PR boleh menjamin kerja alternatif kepada mereka semua?  Berapa bilion ringgit pulak duit rakyat yang PR nak perabiskan untuk bayar pampasan pengambilan tol?  
Kerajaan Malaysia setiap tahun pasti mengutip cukai dari pengendali-pengendali lebuhraya bertol. Hasil kutipan cukai ini digunakan membangunkan pelbagai kemudahan seperti jalanraya, sekolah, rumah ibadat, subsidi petrol, bahan makanan dan biasiswa. PR hanya janji kosong, hasilnya tak pernah ada langsung, tapi bab mentekedarah hasil orang lain merekalah paling gelojoh!
PR akan menggunakan dana-dana kerajaan dalam Khazanah Nasional, KWSP, Petronas atau rezab Bank Negara untuk membayar pampasan kepada pemegang konsesi, penyelenggara dan pekerja-pekerja lebuhraya bertol.
Memang idea bengap lagi bangang! Bab nak pelahap duit negara memang PR pakar konon nak jaga kebajikan rakyat, tapi bab nak jana duit PR memang hampeh. Bayangkan kalau rezab dana-dana kerajaan ini habis atau semakin susut, datang pulak masalah kemelesetan ekonomi habis semuanya akan lingkup. Terpaksalah kerajaan pinjam duit dari luar negeri macam dari Bank Dunia dan IMF. Nak pinjam mesti cagar dan gadai janji itu dan ini pada peminjam asing. Ekonomi negara akan terikat, tidak bebas sebaliknya dikawal asing. Kerajaan serata dunia berlumba nak tingkatkan rezab negara, puak fuckatan pulak pelahap nak perabis duit negara!  
Tak heran bila fuckatan marah sangat jika BN menggunakan dana KWSP dan Khazanah Nasional memberi pinjaman kepada FELDA atau mana-mana GLC untuk tujuan  pembangunan. GLC’s menolak berhutang dana asing kerana mereka tidak mahu dikawal oleh mereka kerana mengenakan faedah yang tinggi. Memang patut pun Fuckatan takut bila dana KWSP dan Khazanah habis, susahlah mereka nak balun duit negara jika berjaya perintah Malaysia nanti. Diorang ingat duit negara ni duit mak bapak mereka!  Baru bayar cukai sikit dah nak berlagak macam puak mereka saja yang bayar cukai!
Kerajaan BN sungguh zalim, tetap mengutip tol sepatutnya semuanya free!
Kepala hotak punya PR, zalim apa kejadahnya? Mana ada benda free kat dunia ni. Nak masuk syurga pun kena belanjakan duit! Tu yang kita bayar zakat, pergi haji, sedekah sana sini tu semuanya pakai duit bukan air liur je. Jangan ingat bagi tol free dah jamin masuk syurga. Bayangkan beribu-ribu rakyat Malaysia terpaksa dibuang kerja gara-gara penutupan tol! Mereka yang tertindas ini akan berdemonstrasi ganas menentang PR pula!.      
Kalau macam tu, pemimpin PR janji kosong dan kuat menipu lah?
Memang pun, dasar Penipu Rakyat. Janji kosong yang mereka sendiri mustahil melaksanakannya tapi kerana geletik nak undi dan kemaruk kuasa, sanggup menipu!!!    

PTPTN dibatal bila PUTRAJAYA ditawan – Anwar Ibrahim



Pakatan Rakyat (PR) akan batalkan PTPTN jika berjaya perintah Malaysia dan anak-anak miskin akan dapat pendidikan percuma dari sekolah rendah hingga ke universiti.
Boleh janji kosong sajalah. Jika PTPTN dibatalkan bermakna kerajaan terpaksa menanggung beban hutang dan belanja hangus RM6.2 bilion! Sehingga September 2011, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion berbanding RM6.2 bilion jumlah sepatutnya dikutip. Selebihnya terdapat beban hutang RM3.46 bilion yang belum dilangsaikan. PTPTN sendiri terpaksa meminjam RM3 bilion setahun dari Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) untuk membiayai PTPTN!
Sanggupkah PR membayar kembali hutang-hutang PTPTN yang berjaya dilangsaikan oleh para peminjam terdahulu dan sehingga kini jika mereka memerintah Malaysia nanti? Macamana ekonomi negara nak berkembang, jika semua nak diberi free…tol nak free, minyak nak free, makan nak free, tambang free, rawatan kesihatan free, eletrik free, bekalan air free, talian telefon free… free. Habis londeh wang negara dibaham oleh free thinkers PR. Kalau cam tu kita kahwin free jer, kerajaan kena tanggung segala belanja. Jika tidak, pakat ramai-ramai buat pesta seks free, dapat anak haram nanti kerajaan kenalah tanggung kebajikan anak-anak dan keluarga tersebut!  
Semasa Anwar jadi TPM, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa. Sekarang Petronas untung RM90 bilion, pelajar terpaksa berhutang.
Masa Anwar jadi TPM 1991-1998, Penduduk Malaysia hanya 20 - 23 juta dan IPTA hanya ada kurang 10 buah. Tetapi sekarang penduduk Malaysia 29 juta orang dan IPTA ada lebih 20 buah termasuk berpuluh-puluh IPTS. Maknanya ramai yang hendak belajar di IPT. Kalau semua nak free, macamana nak roling duit keuntungan Petronas tersebut, asyik belanja je.Sumber minyak negara semakin berkurangan dan Petronas terpaksa bersaing untuk dapatkan minyak dari luar. Minyak Malaysia pulak tak sesuai dijadikan petrol. Sebaliknya hanya minyak dari Timur Tengah yang sesuai jadi petrol. Kerajaan terpaksa guna banyak duit Petronas untuk subsidi barang lain!   
Kerajaan banyak komitmen untuk belanjakan wang negara bagi lain-lain pembangunan bukan setakat bagi biasiswa dan dermasiswa sahaja. Duit PTPTN yang dikutip setiap bulan digunakan sepenuhnya untuk kitar balik membayar gaji-gaji pekerja di universiti, bagi pinjaman membiayai mahasiswa-mahasiswa seterusnya dan maintenance cost  IPT-IPT seluruh negara. Mana kerajaan nak cekau duit kalau tak dapat balik bayaran PTPTN? Macam bank-bank juga kalau mereka gagal mendapat kembali bayaran dari siberhutang macamana nak teruskan operasi, silap-silap ramai staf yang kena buang kerja sebab bank-bank bankrap. Faedah, dividen dan bonus bank bagi pendeposit mesti juga dimansuhkan!
Anak muda terpaksa melangsai beban hutang belajar kepada kerajaan dan pihak penaja setelah tamat dari universiti dan kolej.
Memang ler adat berhutang, kenalah bayar. Bagi orang Islam, kalau mati syahid sekalipun roh akan bergentayangan tak diterima Allah kerana berhutang apatah lagi jika pemberi hutang tak halalkan hutang kita. Kalau nak free PTPTN belajar rajin-rajin…dapat CGPA cemerlang. Insya Allah PTPTN jadi biasiswa, sesen pun tak payah bayar bahkan dapat pujian masyarakat lagi!.
Sebagai ibu bapa kenalah belajar menabung sikit-sikit sejak anak-anak masih kecil. Dah banyak skim tabungan pendidikan yang diwujudkan oleh kerajaan dan swasta. Bila mereka dah besar 20 tahun akan datang, dah ada duit belanja. Mahasiswa yang dapat PTPTN pula kenalah berjimat-cermat bila berbelanja, bila cuti semester belajarlah berdikari dengan bekerja sementara untuk cari pendapatan dan pengalaman. Sambil tu lengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan misalnya menguasai bahasa-bahasa asing, mahir dalam teknologi siber, membina ketrampilan diri, mahir bergaul selain berpengetahuan luas - baru senang dapat kerja.   
Kerajaan tak patut menyenarai hitamkan dan menghalang 132,801 mahasiswa ke luar negara akibat gagal bayar hutang PTPTN.
Memang patut pun kena sekatan macam ni, ada hati nak lari dari hutang. Hutang dengan along pun dicarinya sampai ke lubang cacing. Hutang dibayar akan digunakan untuk orang lain pula. Buku Jingga sendiri cakap 1 orang dari setiap 4 orang rakyat Malaysia tercicir dari pendidikan menengah dan tidak dapat menamatkan pendidikan menengah antara tahun 2001-2009. Golongan inilah yang sentiasa dibantu kerajaan melalui duit-duit PTPTN yang dibayar kembali oleh para siberhutang.
Beginilah kitaran ekonomi sesebuah negara. Kalau semuanya harap disubsidi dan diberi free, bagi pula kepada pelajar malas yang harapkan kuota, markah kesian dan gemar mengacau, maka lahirlah graduan yang keputusannya tercorot dan cukup makan. Nanti bila mereka bekerja suruh jer kerja free, majikan tak payah bayar gaji. Amerika Syarikat pun hampir-hampir bankrap bila ramai graduannya mengelat tak mau bayar hutang belajar yang mencecah US$1 trillion!
Malaysia akan bankrap tahun 2019, hutang negara tahun 2007 berjumlah 266 bilion meningkat RM456 bilion pada akhir 2011. Hutang rakyat pula mencecah RM700 bilion. Dijangka hutang negara meningkat 100 peratus menjelang 2019. PR menjangkakan mungkin tahun 2017, 2018 dan 2019 gaji kakitangan awam tidak boleh dibayar seperti mana berlaku di Ireland - gaji pensyarah 3 bulan tidak dibayar dan di Portugal pencen di bayar 1/3 sahaja.

Inilah akibat amalan berkebajikan yang keterlaluan di negara-negara kapitalis Eropah konon nak jaga kebajikan rakyatnya, sampai penganggur dan pelacur pun diberi makan dan rumah free. PR cakap setiap rakyat Malaysia terpaksa guna 60% gajinya berhutang membeli rumah, kenderaan (30%) dan hutang peribadi (10%). Tetapi golongan kapitalis tamak yang galak membina rumah-rumah mahal, mereka kawal harga bahan binaan dan harga tanah serta mengenakan caj dan riba tinggi pada peminjam. Kalau negara banyak berhutang, kenalah ikhtiar jana ekonomi dan tambah rezab negara, bukannya perabis semua simpanan negara konon nak bagi semuanya free!
       
PR berjanji melaksanakan program Negara Berkebajikan berdasarkan Buku Jingga jika berjaya memerintah Malaysia selepas PRU 13. Mandat yang diterima oleh PR akan berlangsung selama 5 tahun (2012-2017). Memang Malaysia akan bankrap tahun 2019 jika PR jadi  kerajaan. Semuanya sebab belanja subsidi besar dan ramai mengelat bayar hutang, 

Penyenaraian FGVH – Kerajaan BN pimpinan Najib untung berbilion!!!



Penyenaraian FGVH – Kerajaan BN pimpinan Najib untung berbilion!!!
Fitnah 1: Penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) menyebabkan para peneroka Felda kehilangan tanah dan rumah mereka akibat digadai di bursa saham. Felda akan mengalami defisit pendapatan apabila saham Felda diapungkan.
Putaq belit sungguh! Tiada ladang sawit dan rumah peneroka terlibat langsung dicagarkan dalam proses penyenaraian FGVH ke bursa saham walaupun sebutir tanah sekalipun. Sebaliknya, hanya tanah-tanah Felda seluas 360,000 hektar yang disewa dari kerajaan-kerajaan Negeri akan dipajak kepada FGVH selama 99 tahun. Pajakan tanah ini akan memberikan pulangan RM1.5 bilion keuntungan bersama antara Felda dan FGVH setahun, dua-duanya syarikat dikuasai kerajaan pimpinan orang Melayu-Islam, peneroka kaum lain langsung tak akan dipinggirkan!
Sebarang projek oleh FGVH hanya melibatkan tanah-tanah milik Felda sedangkan tanah-tanah peneroka seluas 10 ekar dan tanah tapak rumah ¼ ekar sedia ada serta saham-saham dalam koperasi Felda tidak disentuh langsung. Bajet tahunan Felda sebanyak RM1.5 bilion setahun tetap akan diteruskan. Bahkan penyenaraian FGVH akan menjana pendapatan tahunan sebanyak RM500 juta kepada Felda hasil pengapungan sahamnya di Bursa Saham. Penyenaraian ini bakal menjadikan Felda sebagai syarikat multinasional terbesar dunia berasaskan agro-bisnes bersepadu dan dinamik menyaingi secara sihat dengan para pelaku industri ladang global lain.
Fitnah 2:Jika Pakatan Rakyat memerintah, 360,000 ekar tanah milik Felda akan diagih-gihkan kepada generasi kedua dan ketiga anak-anak Felda.
Dia bohong lagi!.Macamana nak pecah-pecahkan tanah-tanah milik Felda 360,000 ekar yang selama ini disewakan Felda dari kerajaan-kerajaan Negeri kepada lot-lot tanah kecil. Nak bagi pulak pada orang-orang yang tiada pengalaman berladang sawit. Fuckatan boleh bangga sajalah kononnya dah 85,000 pemohon isi borang nak dapatkan tanah-tanah tersebut. Kalau ikutkan 85,000 pemohon tersebut hanya dapat 4.23 ekar sahaja seorang, tak ekonomik langsung! Petani sawah padi lagi cerdik bila mengabungkan tanah-tanah sawah mereka jadi ladang sawah, senang dibantu agensi-agensi kerajaan, hasilnya berlipat kali ganda. Cauvinist DAP benci melihat para peneroka Melayu Felda ni pandai dan bersatu padu, sebab tu mereka hasut sana sini mengagalkan penyenaraian FGVH, Melayu haprak je yang rela diperkuda DAP mengkianati bangsanya sendiri!
Selama ini kerajaan-kerajaan Negeri dapat sumber pendapatan hasil ladang tersebut melalui bayaran premium tahunan. Senang-senang jer fuckatan nak bagi ladang sawit tersebut pada golongan yang tidak berkenaan tanpa penat lelah menanam. Esok-esok kalau dah dapat tanah tu gamaknya bolehlah mereka jual pada tokey-tokey DAP, habis sikit demi sikit tanah-tanah milik orang Melayu dan kerajaan tergadai kerana kerakusan dan kebodohan ekonomi puak fuckatan!
Tanah ladang 10 ekar dan tanah rumah ¼ ekar tersedia pun ada segelintir anak-anak peneroka malas nak jaga dan usaha, tapi bab nak makan hasil bulanan masing-masing pakat rebut sampai bergaduh dan bertambah serabut bila anak-anak berebut wasiat harta pusaka bila mak bapak meninggal dunia.Tak mustahil hal yang sama berlaku kepada tanah yang 4.23 ekar tu!
Fitnah 3: Peneroka Felda tidak akan menerima “durian runtuh” dengan penyenaraian ini. Semuanya janji palsu BN menjelang pilihanraya.
Kita tunggu sajalah, Kerajaan akan mengotakan janjinya kepada para peneroka Felda menjelang Mei 2012 ini. Bila dah masuk saham dan untung pasti peneroka dapat dividen dan bonus tahunan.Tidak seperti fuckatan yang sentiasa janji kosong dan menghasut peneroka sana sini tanpa ada program pembangunan yang jelas kerana mereka tahu 112,635 peneroka mendiami 317 tanah rancangan Felda terdapat di 55 kawasan parlimen dan 92 DUN yang sekian lama menjadi kubu kuat  BN-UMNO. Harapkan janji palsu buku puaka berwarna jingga tu memang boleh negara bankrap, tak payah nak tunggu tahun 2019 sepertimana yang sering dimomokkan kepada para pentaksub fuckatan. Dah semuanya nak subsidi dan free, mengelat pulak bayar hutang!
Fitnah 4: Tan Sri Isa Samad tak layak jadi Pengerusi Felda kerana bukan anak Felda dan bukan ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF).
Isu ini tak de kena mengena dengan penyenaraian Felda!.Beliau dipilih kerana kelayakan dan kebolehan beliau selama 22 tahun menerajui Negeri Sembilan, antara negeri yang banyak kawasan tanah rancangan Felda. Fuckatan sakit hati sebab mereka kalah di DUN Bagan Pinang walaupun hebat mengeksploitasi isu peneroka di Felda Sendayan dan L.B Johnson yang kerajaan dah pun selesaikan dengan baik sebelum PRK Bagan Pinang dulu. Mazlan Aliman sibuk ke hulu ke hilir menfitnah dan buat kacau sebab dia dijanjikan jadi calon PRU 13 puak fuckatan, tak pun dijanjikan jadi CEO Felda kalau fuckatan menang (nauzubillah!...semoga Allah menghalangnya, amin)
Fitnah 5: Pembangkang berjaya mendedahkan penyelewengan FELDA apabila 354 peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan berjaya menyaman Felda RM12.5 juta 
Hahaha spin lagi! 354 peneroka tersebut ‘berjaya’ dalam kes saman ini disebabkan kemenangan teknikal diberikan secara percuma oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu kerana peguam-peguam Felda tidak hadir semasa pengulungan kes. Namun 354 peneroka hanya menerima RM19,000.00 seorang sedangkan para loyar Tetuan Wan Rohimi dan Asmadi menyonglap RM3,767,258.80juta dari caj guaman. Tidak puashati dengan pampasan tersebut, 304 peneroka telah menyaman semula para peguam kedarah ini. Majlis Peguam Malaysia buat tak tahu jer penipuan ahli-ahli mereka. Para peneroka ini dah mengharamkan duit yang loyar-loyar songlap tu! Exco-Exco Pas Kelantan dan Mazlan Aliman mana berani lagi pergi ke Kemahang!
Kini loyar-loyar yang sama cuba menghasut peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 di Kelantan dan Felda Moakil di Johor menyaman Felda menggunakan isu kadar perahan minyak sawit. Nanti giliran peguam-peguam PKR; Sivarasah Rasiah dan Latheefah Koyak pulak akan melahap duit saman RM200 juta dari 766 peneroka Felda Raja Alias, Negeri Sembilan jika menang kes. Padahal faktanya buah-buah sawit di situ busuk dan tanah tidak subur berbanding di ladang sawit lain. Hehehe…30% caj guaman tetap dikenakan loyar, namun jika peneroka tarik balik kes, mereka bakal disaman RM5,000.00 seorang oleh loyar-loyar bangsat ini…Wow banyak tu!!! 

Edisi gempar! – FELDA rugi dan berdagang dengan ISRAEL?






 




Edisi gempar! – FELDA rugi dan berdagang dengan ISRAEL?
Rezab tunai Felda merudum! Tahun 2001, rezab Felda berjumlah RM4.5 bilion dan tiada hutang, tetapi tahun 2012 rezab Felda hanya RM1.35 bilion dan berhutang RM6.5 bilion dari Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP)!
Lebih baik pakai duit KWSP dari berhutang luar negeri. Bab Felda pinjam duit KWSP fuckatan bising, tapi bab KWSP meminjamkan RM3 bilion setahun pada PTPTN fuckatan hasut pelajar jangan bayar. Felda membelanjakan banyak wang untuk proses tanam semula kelapa sawit seluruh negara bagi menggantikan sawit-sawit yang tidak produktif berumur lebih 30 tahun. Dalam masa 3 tahun penanaman semula, setiap peneroka mendapat saguhati RM500.00 sebulan atau RM18,000.00 subsidi duit Felda.
Sama juga dengan program pembinaan semula rumah warga Felda, duit rezab Felda digunakan sebagai pinjaman. Rezab akan bertambah semula jika para peneroka bayar setiap bulan dan ia pasti mengambil masa! Selama ini peneroka tak pernah pun miss dapat duit hari raya, duit sekolah dan lain-lain bantuan setiap tahun semuanya pakai duit rezab simpanan dan keuntungannya. Bab bayar zakat, cukai dan tanggungjawab sosial korporat (CSR), Felda tak pernah mengelat!
Pelaburan FGVH telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM203 juta pada tahun 2009 dan meningkat RM366 juta tahun 2010. Peningkatan harga sawit tahun 2011 dan 2012 akan melonjakkan keuntungan FGVH. Fuckatan saja-saja buat lupa hal ini!
Sebuah suruhanjaya akan ditubuh bagi menyiasat kerugian Felda jika Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah selepas PRU 13.
Sikit-sikit tubuh Suruhanjaya, tapi bila kena pada batang hidung sendiri mengelat sana sini dan menuduh konspirasi kerajaan. Kalau macam tu, siasat sekali kerugian Koperasi Kohilal dan Tabung Memali yang menipu ramai orang Melayu. Siasat sekali pengadaian tapak masjid Bayan Mutiara oleh regim cauvinist DAP. Tak pun tubuh suruhanjaya menyiasat ketulenan video aksi seks rakus Anwar mengerudi China doll! Dah menjadi adat berniaga mesti ada untung rugi, bila untung tak pun nak puji kerajaan sebaliknya sibuk nak kedarah hasil. Tapi tetap mencaci tangan yang memberinya makan. Inilah jenis manusia kufur nikmat,. Macamana rezeki nak berkat, anak bini atau laki sendiri pun kalau asyik kedarah rezeki tu pasti otak semakin karat, iman pun tak lekat!
Kerja fuckatan 4 tahun sejak mengambil alih Pulau Pinang, Kedah dan Selangor hanya mencari kesalahan kerajaan BN sebelumnya, setakat bagi bantuan RM100.00 hasil duit judi kuda dah melalak satu dunia. Pasir dan balak habis kena sapu dek kroni fuckatan, bekalan air berkarat buat tak tau, al-maklumlah aktiviti pelacuran dan maksiat masyuknya sehari berbelas ribu!
Penyenaraian FGVH melibatkan pemindahan anak-anak syarikat tertentu di Felda Holding Berhad (FHB) yang dimiliki bersama FGVH (49%) dan Koperasi Peneroka Felda - KPF (51%). Penyenaraian perlu mendapat persetujuan KPF.
Apa masalahnya kalau KPF setuju melakukan pemindahan anak-anak syarikat tertentunya ke dalam FGVH? Majoriti peneroka dan NGO setuju, tapi hanya 8 ekor malaun yang diracuni Mazlan Aliman tak sokong, adakah ia menggambarkan suara majoriti peneroka Felda? Puak chauvinist DAP memang dengki jika peneroka Felda maju. Tapi sedar atau tidak kekayaan peneroka Felda akan memakmurkan ekonomi negara. Bayangkan kalau ada kaum Melayu hidup miskin lalu mereka menjadi ekstrem dan radikal…apa akan jadi pada kaum lain!
Felda Global Ventures North America Sdn Bhd rugi RM28 juta kerana membina kilang oleo-chemical di Kanada dan membeli kondominium berperabut RM8.8juta di Amerika Syarikat
Nak setting bina kilang oleo-kimia memang kena keluar belanja besar bukan boleh buat untung berbilion dolar dalam tempoh semalaman, kena bangunkan pelbagai kemudahan logistik.Lainlah kalau perniagaan Felda melibatkan unsur spekulasi dan riba. Ataupun Felda buat bisnes mega menternak babi bukannya tanam pokok sawit. Sebabnya sekor ibu babi boleh lahir sampai 11 ekor anak setahun.Harga anak babi umur 3 bulan pun boleh mencecah RM500.00 sekor, bela setahun dah untung bagi makan sampah dan minum air najis, babi tetap boleh hidup. Semua daging babi dari telinga, hidung sampai bulu ekor semuanya ada harga! Berniaga sawit tak sama dengan berniaga babi. Lainlah kalau dalam ladang sawit boleh bela babi, untung tentu berlipat kali ganda!.
Kalau Felda beli kondominium di Braintree, Massachussetts U.S sekalipun, ia sebagai aset kekal yang boleh dijual mahal bila diperlukan.Tak timbul soal Felda berniaga sawit atau hartanah. Di Mekah pun Felda beli hotel untuk sewaan para jemaah haji dan umrah, bahkan Felda giat mempelbagaikan aktiviti ekonominya dengan membeli banyak hartanah berbentuk bangunan, kediaman selain menceburi bidang katering, logistik, pembinaan dan industri hiliran bukan tertumpu pada ladang sahaja. Kita pun kalau berduit, lebih baik beli tanah atau rumah untuk kesenangan anak cucu di kemudian hari jangan dok simpan bertapuk dalam bank semata-mata!
Felda mempunyai hubungan dagang dengan Israel?
Spin lagi!. Malaysia tidak mempunyai hubungan dagang dengan Israel, sebaliknya Malaysia menjual minyak sawit kepada rakan-rakan dagang utamanya seperti India, China, Timur Tengah, Eropah dan sebagainya. Kalau negara-negara ini menjual semula produk sawit tersebut kepada Israel, adakah itu dikira Malaysia telah menjual produk sawit pada Israel? Malaysia tidak mempunyai hak menghalang perdagangan antarabangsa negara-negara tersebut dengan Israel. Di Malaysia dan pasaran dunia ni berlambak produk Israel dan kita tak terdaya nak boikot pun malah terpaksa guna demi keperluan hidup. Malah makhluk puaka produk Israel pun ada dibiarkan bebas bergentayangan di Malaysia!
Malaysia pernah menghantar bekalan ihsan minyak sawit bernilai RM30 juta bagi membantu pihak Palestin yang ditindas Zionis Israel melalui pelabuhan Ashdod, Israel pada Mac 2010 dan Disember 2011 kerana itu sahaja laluan masuk ke Palestin kerana semua pelabuhan Palestin disekat Zionis, nak hantar bantuan melalui Laut Gaza pun dihalang, apatah lagi melalui jalan darat atau udara! Hakikatnya pihak yang sokong keselamatan Israel jer yang tak suka rakyat Palestin dibantu!

Friday, 2 March 2012

TAHNIAH ADAM ADLI & LGE!!! Rakyat Penang Pun Nak Ikut Baring Atas Jalan





Semenjak peristiwa geng-geng Mahasewel Adam Adli mengamuk di UPSI awal tahun 2012, sindrom baring atas jalan semakin menjadi-jadi..

Terkini, pemerintahan DAP kiasu diketuai Khalifah Umar Lim Guan Eng Abdul Aziz yg memperjuangkan kebajikan rakyat turut menyeru rakyatnya berbaring di jalan beramai-ramai.. tapi yg anehnya orang Melayu yang paling ramai menjadi peserta aksi tersebut..

Kerajaan DAP kiasu Penang begitu rakus mengambil dan merampas tanah-tanah orang Melayu dan menyebabkan Melayu Penang semakin terpinggir.

Laman roketkini.com dengan bangga menyatakan Penang merupakan negeri pertama di Malaysia yg membasmi miskin tegar dan membolehkan setiap keluarga memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM600 sebulan. Tapi kalau hidup bergelandangan tak dikira sebagai miskin tegar ke?


p/s : Teringat dengan kata-kata pakcik Melayu di Kg. Tg. Tokong - "orang Melayu barua yang sekongkol dengan DAP utk merampas tanah Melayu.. Rakyat Penang, fikir-fikirkanlah... PRU 13 nak dekat dah..