Turki
tiada minyak tapi bagi pendidikan percuma pada rakyatnya sedangkan Petronas
untung RM90 bilion setahun tapi pendidikan tak percuma. Venezuela yang
mempunyai 27 juta penduduk melaksanakan pendidikan percuma untuk rakyat melalui
peruntukan 35% belanjawan tahunan di bawah Undang-Undang Pendidik (Estado
Docente)
Anwar
hebat menipu. Mengenai pendidikan Turki, kerajaannya hanya peruntukan 10% bajet negara untuk pendidikan.
Bajet tersebut merangkumi 60% wang
disalurkan kepada 165 universiti awam dan 103 universiti di negeri-negeri. Baki
36% lagi perlu dijana sendiri
melalui bisnes korporat universiti dan 4%
dari yuran para pelajar yang mahal. Sedangkan 62 pusat pengajian swasta tidak
dibiayai langsung oleh kerajaan dan dikenakan yuran pengajian yang tinggi.
Harga
buku, yuran tuisyen dan tutorial serta pendidikan Islamnya agak mahal. Hanya
orang Turki mendapat akses belajar dengan sempurna sedangkan minoriti Kurdish
dianaktirikan sehingga mereka menjadi ekstrem menentang kerajaan. Turki
menduduki tangga ke 32 dari 34 buah
negara Pertubuhan Negara-Negara Ekonomi Membangun (OECD) kadar celik ilmu saintifik bila mana 40% pelajar berumur 15 tahunnya masih buta huruf dan buta
matematik. Malaysia pulak…?
Sistem
pendidikan di Venezuela pada hakikatnya amat mahal samada di sekolah dan IPT
Awam atau swasta yang kebanyakkannya hanya dimasuki oleh anak-anak golongan elit. Sistem pelajarannya masih
mengekalkan propaganda doktrin komunis-sosialis
dan mendewakan Presiden Hugo Chaves. Dengan kos hidup yang tinggi akibat sekatan U.S, kadar jenayah mafia berleluasa, kebebasan
media disekat, inflasi 27.6% dan kadar
kemiskinan 27.4%. Maka ramai guru
sekolah dan pensyarah IPT terima rasuah
dari para pelajarnya yang ingin lulus periksa kerana gaji pendidik cuma US$300-US$500 (RM915.00-RM1525.00) sebulan. Malaysia pulak…?
Kerajaan
perlu memberikan pendidikan percuma kepada rakyat bukannya membebankan mereka
dengan PTPTN, Ke mana perginya yuran semester dan bulanan yang dikenakan IPT
terhadap mahasiswa?
Yuran
semester dan bulanan untuk bayar kos gaji pensyarah dan kakitangan universiti,
duit utiliti, kemudahan universiti serta
fakulti bahkan untuk asrama dan subsidi kafetaria agar makanan mahasiswa murah
le ngok!. Duit-duit yang dibelanjakan inilah yang mengerakkan ekonomi negara
Sejak
tahun 1997 hingga 2011, kerajaan
membelanjakan sebanyak RM42.5 bilion
untuk PTPTN. Pada tahun 2012,
kerajaan memperuntukkan RM6 bilion
untuk PTPTN termasuklah RM3 bilion
dipinjam dari Kumpulan Simpanan Wang
Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang
Amanah Pencen (KWAP). Sepanjang tempoh tersebut seramai 11,000 pelajar tajaan PTPTN ditukarkan
pinjaman mereka kepada biasiswa kerana cemerlang. 8,000 darinya adalah pelajar
bukan Melayu dan cuma 2,000 pelajar Melayu. Seramai 132,801
pelajar pula disenarai hitam dan dilarang imigresen ke luar negara bagi
mengelak mereka lari. Hanya pelajar tercicir, kena buang universiti akibat
masalah disiplin,gred tercorot dan jenis liat membayar sahaja yang ghairah nak
PTPTN free. Faktanya sehingga 31.12.2011,
kerajaan hanya dapat kutip balik pinjaman RM4.92
bilion dari RM6.2 bilion yang telah
dibelanjakan. RM1.28 bilion lagi
masih ditagih PTPTN. Bukannya 2 juta peminjam gagal membayar RM5 bilion seperti
yang didakwa fuckatan. Adakah fuckatan boleh refund balik duit RM4.92
bilion ini dan duit-duit yang dilangsai sebelumnya? Cakap nak bagi rebat dan
pengecualian, mana sanggupnye nak tunai janji puak-puak songsang ni! Kalau semua nak free, fuckatan
mesti juga mempercumakan bayaran
bank semua pembiayaan perumahan dan
kenderaan kerana rumah dan kereta amat diperlukan oleh setiap keluarga.
Ada
kes pulak segelintir pihak loyar lambat memperakui bukti pelajar telah
melunaskan bayaran PTPTN sehingga pelajar dituduh mengelat bayar dan masih
berhutang. Apa tidaknya caj tetap
dikenakan gara-gara kelembapan loyar
buat kerja. Jenis loyar musibat lagi
bangsat yang menjadi pentaksub
fuckatan ini memang sengaja nak mewujudkan imej buruk pada PTPTN dan kerajaan! Ini menyebabkan ramai tidak
dapat sambung belajar dan ke luar negara.
Sepatutnya
dana RM6.1 bilion PTPTN diberikan percuma kepada mahasiswa atau
setidak-tidaknya untuk perbelanjaan peribadi dan hanya yuran minimum pengajian dikenakan.
PTPTN
bersikap fleksible. Mahasiswa boleh
menukar sistem pembiayaan kepada sistem berlandaskan syariah atau ujrah. PTPTN telah
menjadualkan
semula caj
perkhidmatan dan dokumentasi dari 3%
kepada 1%. Bahkan PTPTN memberi kelonggaran kepada mahasiswa yang masih belum dapat kerja, belum
mampu membayar kerana gaji kecil, sakit atau sambung belajar untuk menangguhkan pembayaran atau menjadualkan semula pembayaran. Bahkan
mereka juga boleh membayar hutang serendah RM50.00
sebulan. Duit PTPTN yang dibayar kebanyakannya dikitar semula untuk membiayai pengajian pelajar-pelajar seterusnya
atau untuk tujuan lain pembangunan negara. Kalau semuanya subsidi dan free boleh
jatuh bankrap negara, silap-silap anak cucu kita kena bayar lebih mahal lagi
bila nak belajar.
29.7%
sahaja rakyat Malaysia yang memasuki universiti berbanding Korea Selatan = 96.1%
Nak
masuk universiti perlu rajin belajar. Dah masuk universiti, belajarlah rajin-rajin. Jangan asyik nak bebas berpacaran dan berdemo sahaja. Bila kena buang nak salahkan kerajaan dan tuntut
mansuh yuran PTPTN. Barulah ranking universiti naik, graduate nanti senang
dapat kerja dan boleh langsaikan hutang PTPTN. Jangan pula nak bandingkan
Malaysia dengan pendidikan di Korea Selatan, Jepun, Amerika atau Eropah yang
lebih hebat. Tapi cuba bandingkan dengan Indon, Bangla, Nepal, Vietnam,
Filipina…
Pendidikan
percuma dan pemansuhan PTPTN jadi manifesto PR pada PRU 13
Manifesto
karut yang akan membankrapkan negara
dalam masa setahun jika PR memerintah, tak payah tunggu tahun 2019. Pelajar yang bermasalah membayar,
jumpalah pihak PTPTN bukannya jumpa puak-puak bengap ekonomi yang menjanjikan segalanya free tanpa mengira
kedudukan ekonomi negara. Bab nak perabis
harta memang fuckatan cerdik, tapi bab nak urus ekonomi mereka buta tuli. Sikit-sikit nak pakai duit
Petronas. Habis semua orang Petronas jadi kuli batak fuckatan menyerahkan segala
pendapatannya untuk dilahap. Kesian Petronas!
0 comments:
Post a Comment