Monday 9 April 2012

Edisi ganas menipu tapi kantoi – semua salah kerajaan UMNO !!!










Kebebasan bersuara di Indonesia dan Myanmar lebih baik berbanding Malaysia!
Bagus apa kejadahnya! Kalau bagus tak de la orang Indon dan Myanmar datang berduyung-duyung masuk secara halal dan haram untuk bekerja di Malaysia setiap tahun sampai menyusahkan ramai pihak macam polis, tentera, imigresen dan majikan sendiri. Orang Indonesia terseksa hidup di negara sendiri lantaran terlalu banyak demonstrasi, pergaduhan etnik dan agama kerana terlalu bebas bersuara. Pemimpin kaya pulak banyak korupsi untuk menambah kekayaan.
Jangan bandingkan dengan Myanmar yang baru dapat kebebasan setelah lama ditekan junta tentera, memang mereka terlalu teruja setelah dipencilkan sekian lama. Sama juga dengan komunis Vietnam dan China dulu. Tapi kenapa puak fuckatan nak Malaysia mencontohi demokrasi Myanmar dan Indonesia…jawapannya kerana kedua-dua negara tersebut mendapat pembiayaan besar dari dana Yahudi seperti Kondrad Adeneur Foundation (KAF) dan National Endowment for Democracy (NED) yang sengaja menghuru-harakan negara tersebut demi menguasai politik dan ekonominya.      
Tabung Haji jual 83,000 hektar ladang sawit di Riau, Indonesia menyebabkan negara rugi RM3 juta sehari dan menjejaskan pendeposit Tabung Haji.
Kenapa fuckatan sibuk sangat bila syarikat GLC kerajaan seperti Lembaga Tabung Haji (T.H) berhasrat nak menjual aset mereka di Riau bernilai US$900 juta pada PT Borneo milik Robert Kuok. Sebabnya mereka terliur dengan keuntungan RM3 juta sehari dan US$900 juta beb. Bayangkan kalau duit RM3 juta dan US$900 juta tu masuk kocek mereka, T.H akan dijulang setinggi Menara Tabung Haji! Samalah mereka menuduh Felda mengadai ladang dan tanah rumah peneroka untuk proses penyenaraian FGVH di bursa saham, tapi akhirnya kantoi menipu!
Tapi betul ke T.H nak jual tanah mereka di Riau? Maklumat yang sahih dari TH mengumumkan mereka menerima secara bersyarat daripada syarikat P.T TH Indo Plantation (THIP) untuk menguasai 95% pegangan ekuiti syarikat perladangan Indonesia tersebut yang mengusahakan 83,879 hektar ladang sawit di Riau, Indonesia. Pelaburan ini Insya Allah akan melonjakkan keuntungan T.H jika diusahakan dengan baik dan ikhlas pasti akan menguntungkan para pendeposit, tambahan lagi harga sawit tinggi buat masa ini. Bila dah untung bolehlah T.H beri dividen dan faedah tahunan yang tinggi dengan mengekalkan subsidi kos pada jemaah haji. Macam tahun lepas pendeposit dapat bonus 6%. Tak syukurkah lagi ke wahai umat Islam pergi haji kosnya murah dan dijaga segala kebajikan mereka oleh kerajaan. Duduk pulak di hotel mewah milik Felda betui-betui di depan Kaabah…fuh… masya Allah! Kalau bagi pada puak-puak fuckatan yang jahil ekonomi, memang berniaga buat koperasi pun rugi!  Oppss lupa…fakta maklumat ini tidak didedahkan atau disiarkan oleh fuckatan, takut lari sokongan rakyat yang jahil beb! 
Wang rakyat digunakan untuk membeli aset. Lebuhraya MEX dijual dengan harga RM1.7 bilion kepada vendor Proton dan Perodua; EP Manufacturing Berhad (EPMB) oleh Maju Holding Sdn Bhd, sedangkan harga asal pembinaan RM1.08 bilion!
Tuduhan kononnya kerajaan jual badan korporat untuk menjana wang pilihanraya adalah tuduhan liar yang tak berasas hanya ikut sedap mulut kerana diarahkan oleh para chauvinist rasis DAP yang opportunis lagi tamak dan dengki. Kalau kerajaan membeli sesuatu aset dari duit rakyat pun apa salahnya. Lebih baik pakai duit rakyat dari pakai duit yahudi atau duit IMF dan duit Bank Dunia.
Hukum perniagaan mesti ada untung rugi. Orang yang menjual tentu nak untung dan setiap barangan yang berguna tentu akan meningkat harga pasarannya. Samalah macam harga aset lebuhraya atau bangunan, mestilah meningkat ikut tahun semasa. Hukum ekonomi mudah macam ni pun fuckatan tak tahu patutlah pembangunan ekonomi negeri di bawah jajahan regim mereka terbantut! Maju Holding Sdn Bhd adalah syarikat Malaysia yang membayar cukai tahunan korporat pada kerajaan walaupun untung jual MEX dapat RM620 juta. EP Manufacturing juga syarikat Malaysia. Jadi apa masalahnya jika syarikat-syarikat Malaysia menguasai ekonomi negara? Bukan duit mengalir keluar ke tangan syarikat asing pun, bahkan tiada pekerja MEX dibuang kerja dengan penjualan tersebut!        
Kerajaan gagal mengawal kenaikan harga barangan kerana perniagaan dimonopoli kroni
Kenaikan harga barangan di seluruh dunia ditentukan oleh kuasa pasaran. Namun kerajaan sentiasa mengambil inisiatif mengawal harga dari terus meningkat dengan menambah subsidi,  penguatkuasaan dan beberapa inisiatif menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik 1Malaysia (K1M), Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Saham 1Malaysia, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan sebagainya. Fuckatan kata semuanya rasuah politik, tetapi adakah janji manismu fuckatan bukan rasuah politik? Disebabkan rasuah politiklah banyak janji fuckatan tidak dapat dilaksanakan kerana Allah sendiri tak memberkatinya!
Tak ada sebab rakyat tidak tahu maklumat sahih dan tepat dari media-media atau berusaha mengambil tahu. Janganlah selalu baca tabloid yang menyebarkan fitnah dan benci…opsss lupa… mengetahui dan menerima kebenaran itu satu dosa tidak terampun bagi puak-puak fuckatan. Itulah banyak sangat maki hamun dan fitnah orang siang malam tapi kedarah jugak segala nikmat yang diberikan kerajaan. Ni memang jenis manusia yang tak tahu bersyukur dan kufur nikmat!. Kalau mereka dapat memerintah, alamatnya hancur negara, bangsa dan agama! (Nauzubillah semoga Allah mengagalkan niat jahat fuckatan tersebut…amin)
Puak fuckatan dah meroyan sebab takde lagi modal untuk pembangunan ekonomi rakyat dan negara. Yang ada dalam benak fikiran mereka ialah bagaimana nak habiskan duit-duit simpanan dan rezab kerajaan dalam Petronas, KWSP, Khazanah Nasional, Felda, Tabung Haji dan sebagainya untuk mempercumakan segala-galanya. Sambil tu hari-hari tabur fitnah dan maki hamun. Bengap nak menjana kewangan negara, hanya tahu bagaimana nak jual balak-balak, pasir dan tanah dengan harga mahal ke negara jiran! Tidak pun memajak dan menjual tanah-tanah ke tokey-tokey Singapore atas alasan bina ladang rakyat tetapi hakikatnya semua balak dan tanah habis dikebas oleh pemimpin fuckatan yang korup!  Bila alam sekitar dah rosak mula salahkan kerajaan. Tapi untuk cover line mereka terjerit-jerit jadi jaguh alam sekitar dan bumi hijau. Alahai!

0 comments:

Post a Comment